ITS ALL ABOUT ME ♥

Nurul Nabilah Rosli , A Muslim Girl , born at 4 August Nineteen Ninety-six .

Wednesday, 21 November 2012

Street Vendetta



Assalamualaikum..

lama dah aku tinggalkan blog aku macam ni je kann. apa nak buat banyak dah dugaan yg datang kat aku selama ini.dan kali ni dugaan yang berat bagi aku sebagai seorang adik yang sudah kehilangan seorang abang yang sangat baik buat selama-lamanya. hmm.. adik doakan Arwah Abang tenang di sana. semoga roh abang dirahmati oleh Allah S.W.T :')

dah dah waa malas nak touching touching kat sini. kita feeling feeling jap dengan novel yg tertera kulit wajahnya di atas itu :D cehh ayat konon bajet mcm ayat novel lahh.puihh! hahaha. kisah street vendetta ni memang best gila lah bagi aku. romantis and comedy! watak utama yg buat aku tertarik tu. nama minah comel tu Anabella nickname dia Bella! whattt? nickname saya pun Bella jugaa *tersengih-sengih* cehh. tah pape je. tapi mmg feeling habislah. rasa mcm diri sendiri je yg berada dlm kisah novel tu. wahaha xD Imaginasi kuat ke atau aku yg kuat berangan ni?? haha. dahh diam! 

memang tak sia sia lahh beli novel ni. teragak agak juga nak ambil. mmg pusing kepala dibuatnya bila mencari novel ni. Sometime, cover  je cantik kisahnya entah apa apa je kan. sebab itu lahh "don't judge book by it's cover" mweheheh. aku pun bantai ambil novel ni. sebab dah kak Farah suruh. katanya watak dia nama Bella sesuai lahtuu dgn aku and hero dia Fakruzi. so what? apa kena mengena dgn nama itu? kata kak Farah " halah dekat je tu nama Fakruzi dgn F....zi!" Amboiiii. padahal dia dah malas tuu nak tunggu lama.tunggu aku cari novel ni. wahaha. kesian btw Thanks lahh akak! heee :DD oke dah malas nak cerita panjang lahh kan. nahh baca kisah dia sikit  :-


sinopsis

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!

sekarang ni aku masih tercari cari apa maksud Street Vendetta ye?? :/ by the wayyy serious best gila lah cerita ni! buat kita tertanya tanya apa yg berlaku taw lepas baca satu bab ke satu bab yg lain. harga pun sangat berpatutan hanya RM 19.90 :)) oke byeee!