ITS ALL ABOUT ME ♥

Nurul Nabilah Rosli , A Muslim Girl , born at 4 August Nineteen Ninety-six .

Thursday, 8 November 2012

Sharing is Caring

Assalamualaikum

Well yeah, sharing is caring. so today entry kali ni maybe agak serious. hah? haha. actually entry kali ni untuk kali pertamanya aku nak share something yg berfaedah sikit *ohh selama ni tak berfaedah lah? MAYBE! hikhik :D* mungkin selama ni aku suka mengarut ngarut or menaip benda yg tdak patut sprti kebudak budakan gituu. kahkah. apa pun terima kasih kerana selama ni melayan dan membaca blog aku even tidak memeberi kan sedikit ilmu. see? tak matang langsung aku ni. 

okayyy lek lek ni aku nak share sikit tntang 'hadis nabi yg selalu dipergunakan dgn sewenang wenangnya' look? serius je kan entry kali ni? bukan apa. bila aku baca blog The other Khairul aku sendiri pun pernah terfikir kenapa hadis nabi menyatakan kaum wanita(Islam) lebih afdal solat di rumah. and before aku baca blog Mrk.K tu. aku ada jugak baca kwn aku update status pasal "wanita lebih afdal solat di rumah berbanding di masjid" then aku macam .. what? really? aku pun tanya kawan aku apa sebabnya? ada pula kawan lagi sorang ni mencelah dan menjawab, lebih kurang mcm ni lah jawapan dia "sebab bila perempuan prgi solat kat masjid kaum lelaki boleh nampak, n mcm tak elok lah kalau kaum lelaki nmpak" haa.. aku pun tak ingat sgt sebenarnya mcm mana bentuk jwpannya. heh heh. maybe dia nak bagitahu boleh megugatkan keimanan lelaki ke bila nmpak wanita2 di masjid. dan boleh membawa ke arah keburukan..

Dan sebenarnya aku dah salah faham dengan hadis nabi yg menytakan perkara tersebut. oleh sebab diaorang suka menekankan perkara yg menyatakan "wanita lebih afdal solat di rumah" kenapa tidak menekankan perkara ni secara keseluruhan je? hadis nabi yg berbunyi 

"Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah.Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka" (HR Abu Hurairah)

janganlah kita salah gunakan hadis2 nabi. dan ambil kesempatan dari hadis tersebut. bila orang cakap kaum wanita lebih baik solat di rumah, dah semua tak nak solat kat surau or masjid . aku sendiri pun pernah menyalahgunakan hadis nabi ni. bila nenek aku ajak pergi surau aku pernah ah juga menolak and aku menjawab. aku gunakan hadis ni dgn menyatakan "nabi kata perempuan kalau solat kat rumah pun lebih baik kan?" actually ini alasan bg mengelak bukan? hehehe. nampak tak permainan dia?
so, bila aku dah tahu ni. aku terima kasih banyak banyak lahh dgn Mrs.K ni sebab sudah sedikit banyak memberi ilmu pengetahuan kpd aku :D 

korang kena faham why nabi menyatakan hadis tersebut. nabi berkata begitu..sebab nak mengelakkan kaum wanita daripada terjadinya perkara yg tidak baik. maklum lah sekarang ni kat mana2 pun macam2 boleh berlaku. yang penting kita dapat elakkan drpd difitnah. cuba korang fikir. korang elok elok nak pergi solat kat masjid tu. takpasal pasal je nanti kena fitnah yg bukan bukan. yelahh orang sekarang ni bebas. pergaulan pun bebas je kan. kat masjid ke kat mana pun selamba je dekat2 dgn lelaki/wanita siapa kesah kan? kadang kadang pergaulan yg biasa2 pun boleh menimbulkan fitnah di antara wanita and lelaki ni. bukan nak kata takpayah lah wahai gadis gadis yg baik hati sekalian pergi solat kat masjid tu. boleh je nak pergi kan.. pergi lah dengan family or husband. jangan nak mengada lah bagi alasan and ambil kesempatan dgn gunakan hadis ni. tak ada siapa melarang kita pergi ke masjid or surau. cuma jaga diri masing masing.dah niat tu ikhlas insyaAllah..Allah permudahkan segala urusan kita.

wahai kaum wanita yang dikasihi sekalian,
jadi janganlah gunakan hadis nabi ni sebagai alasan kauorang taknak pergi masjid pulakk. itu salah! Islam ni mudah, jangan jadikan ianya sukar. jangan permainkan hukum Islam. jangan nak mengusutkan kepala otak sendiri dgn mempersoalkan hukum hakam yg telah ditetapkan dalam Islam. Halahh.. benda ni sama je macam kaum suami gunakan hadis nabi yg menyatakan lelaki boleh kahwin empat. kadang kadang diaorang saje gunakan benda ni utk jadikan alasan "nak kahwin lagi!" haaa see? see? tak nampak? takpe.takpe. nanti nampak lahh tuu. 

dan aku nak bagitahu, yang aku setuju dengan apa yang aku baca dlm blog Mrs.K tu (Y) so di kesempatan ini aku nak kongsikan lah kat kawan kawan aku and especially for all kaum wanita(Islam) harap ini membantu anda semua! :)

Selamat Malam semua, thanks for reading! Salam :D