ITS ALL ABOUT ME ♥

Nurul Nabilah Rosli , A Muslim Girl , born at 4 August Nineteen Ninety-six .

Sunday, 29 June 2014

Ramadan Al Mubarak

Assalamualaikum..




Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh barakah. Puasa menahan lapar dan dahaga serta puasa hati, mata, dan anggota badan ye anak2. Jaga nafsu, tingkatkan iman dan ibadah. InshaAllah Ramadan kali ini adalah Ramadhan yg lebih baik drpd tahun2 sebelumnya :)


di bulan yg Mulia lagi penuh barakah ni, marilah kita berseni sikit ye! hee 


Design sendiri, guna artline drawing je..pepandai aku quote tanya encik google, lighting yang over gila cantik nak mampus ni haa edit using Pixlr apps ! cekian maceh :)

and this is the most I Love!! :)



nak share sikit information. Ramadan Kareem bermaksud Ramadan yang Mulia. bila dengar ada orang sebut Ramadan Kareem, kita kena jawab "ALLAHU AKRAM" yang bermaksud "Allah lebih mulia" :)



Selamat beramal! Selamat berterawih dan berpuasa <3




Wednesday, 11 June 2014

Memorable..

Assalamualaikum.

Rindu kawan kawan di PLKN Benum Hill Resort. Aku sangat bersyukur ditakdirkan dapat kawan2 macam dorang ( kawan2 dalam dorm) and yeah, nama dorm kami CD12 and we call CD12 as "Istana" hiks. aku taknak cerita banyak lah. apa yang aku nak sampaikan di sini, bahawa saya Nurul Nabilah Rosli amat merindukan Alpha, Bravo, Charlie, Delta yang ada dlm dorm CD12. tak lupa juga kpd kump. Glory and Black White ( maaflah kump.tombak aku tak rindu pun :b ) 

by the way....


ehem...saya wirawati charlie, no. indeks 044 dan di sebelah kanan saya wirawati charlie 046 (nampak tak gua rindu gila nak sebut menda2 ni semua :)

ha! ni nak cerita sat, WWC046 ni nama dia Adda. Kami jumpa balik setelah lama berpisah. kauorang tahu tak ni kawan sekolah rendah aku time zaman muda mudi aku dulu taw! (dunia sgt kecil weh jumpa si tembam ni balik!) and tak sangka gila kami dapat sama kompeni, sama dorm. Ya Allah taktahu nak cakap apalah weii. Bersyukur sangat2 jumpa balik ;) 

this is OUR GLORY !! * Coca cola 7UP, hey Glory Glory Up up up!! *

Mei Jean(Buddy, Alpha), Nadziephah(Dormmate,Bravo), Tasha(Alpha), Bella(Me,Charlie), Marina(Delta)
Kecik(Ah Xiao,Bravo), Jai(Charlie), Haziq(Alpha), Neo(Delta), Ashraf(Delta)


CD12


Ramai dia tak terkata ah weh. bilik kitaorang macam special la, penghuni di dalam ada 18 tolak 1 yg dah balik tinggal 17orang. 2 from Temerloh and others from KL. bilik lain semua ada 6org je. hiks nampak tak perbezaan dia? tapi best sesangat sangat dan sangat bila ramai ni. siap ada lagu CD12, bilik lain takde pun, ramai yg berpotensi boleh nyanyi, boleh main alat muzik, ha ada pelukis taw(angkat tangaaaan! hiks. poyo do) haip! jangan berlagak sangat, cepuk satgi! apa2 pun aku sayang korang wehhh, rindu nak balik plkn *sobs sobs* saya rasa....saya tak larat lah nak tulis nama sorang2 ni. ahhaahaha maaf maaf xD

~this is what we called sweet memories~

Tuesday, 10 June 2014

Picnic with friends :)

Assalamualaikum. 

lama tak update blog ni. aiyoyo, rasa weird sgt nak ber-blogging. emm..dah lama dah nak update pasal ni. haaa happy gila weh time ni, *excited* sebelum aku dan tasya a.k.a mango ni nak berangkat ke destinasi masing2 (padahal gi plkn je) but still sedih la nak tinggalkan kwn2 tersayang di KL ni. dan kami pun plan something yg memorable sebelum aku dan si mango ni nak "berkhidmat utk negara" hamek kau ayat. weh best do plkn! sumpah best! okay2 yg ni nanti story. heheh.. okay dan di bawah ni wajah2 kanak kanak riang yg dah betahun tak picnic wahahaha! dlm gambar ni semua classmates aku, but girls je semua :)) yg lelaki buat hal masing2 dah sekarang biaq p lah kat dorang. err..sebelum tu nak minta maaf la kat mango, sbb gmbar dia aku tak jumpa...ha tulah dtg lambat lagi. takpe2 you always still in our heart :) 



       
    ~ Saturday : 05/04/14 ~

Tuesday, 14 January 2014

aku dah kerja...?

Assalamualaikum.

aku dah kerja. tak sangka si pemalu, si taktahu apa apa boleh bekerja. ahahaha
bukan apa. aku macam tak expect yg aku ni mampu bekerja sbg part timer di outlet shop.
padahal segan kot nak pergi mintak kerja. lama lama okay je. selamba jela buat muka tak segan x)
rasa bangga dgn diri sbb mampu mengawal rasa malu n awkward nak bergaul dgn org luar *lawaks nyass*
bukan tak reti bergaul dgn orang, sebenarnya ada rasa takut jugak nak berdepan dgn dunia luar ni.
kau orang tahu jela, dunia di sekolah dan di luar sangat berbeza. di sekolah sesuka hati kau lah nak bergaul dgn siapa pun. dekat luar kau orang akan rasa mcm lain mcm je, rasa janggal beb. hahaha! 
dan yang penting sekarang ni, aku update lambat sgt story ni *lembabss* aku start masuk kerja lepas spm. 
kau orang bayangkan. habis je spm on 2/12/13 tu, aku cuti sehari je utk spend time dgn kawan n family then 4/12/13 aku masuk kerja. tak niat pun nak masuk kerja awal sesangat. tapi dah rezeki dpt kerja, takkan nak tolak? rezeki Allah bagi :)

Alhamdulillah, 1st time kerja kan. macam2 berlaku dalam sebulan ni. apa yg best? best bila dapat gaji dan cuti! hahahahahha! dapat cuti sekolah pun tak se-happy cuti bekerja :P *aku tengah cuti sekarang ni*
apa yang best lagi? bestnya staff semua baik baik belaka even ada sedikit salah faham dgn someone, tp akhirnya selesai juga masalah. tapi.......yg tak bestnya bila ada konflik dgn sesiapa jelah dalam kedai tu. lagi2 bila dgn supervisor, betapa sedihnya hati bila terjadinya konflik dgn orang atas. tapi kita ni manusia biasa kan, kita hanya perlu sabar je dan saling bermaafan *woi dah mcm story hari raya* tak kisah lahh. asalkan kami sama sama bahagia bekerja. adat bekerja la bila konflik berlaku dlm tempat kerja tu. biasalah aku, 1st time rasa, so merasa lah aku *rasakan -.- *

kawan2 pun dah start cari rezeki awal bulan ni. bagus bagus! Haa yang masih petik anggur tuuu..ehehee happy holiday lah ye walau di mana anda berada sekali pun (di sofa, mahupun di katil) all the best! cuak tunggu result spm woiii! Salam  :D

Saturday, 26 October 2013

keep calm ? :/

Assalamualaikum.



haaaa. lamanya lahai tak update celita maa. ughh. well, spm is around the corner..oh ok but why aku masih ada di depan kaca laptop abang ku ini? Ha! sebab nak minta lah, hope korang semua wish kat aku goodluck ke bagi coklat untuk release tension ke kan? eh eh bukan lah. saje je, tapi if ada niat tu bagi jela ye xD

em tak, cemni sebenarnya. aku harap korang semua dapat doakan untuk kejayaan ku ini yg serbakurangbijakpandai ni :c doakan lah saya SPM tahun ni dapat straight A+ kan. inshaAllah Aamiin..aamiin. tak wish pun takpe, sbb doa korang lebih bermakna bg aku x)

dan saya Nurul Nabilah Bt. Rosli sbg calon pelajar SPM2013 ni, akan sentiasa doakan kejayaan korang jugaaa.InshaAllah dan jangan lupa usaha, doa, tawakal kpd Allah S.W.T . 

hey kawan kalau usaha je doa tawakal entah ke mana, memang tak ke mana lah kamu. nak berjaya kat dunia je ke? nak berjaya dlm dunia dan akhirat DOA tu penting :) 
kita ingat Allah, Allah pasti ingat pd kita dan lebih lagi yg dia akan kurniakan pada kita. Jadi berDOA dan berUSAHA kalau kita nak capai kejayaan tu (kejayaan bukan hanya di dunia ttp di akhirat juga)

kejayaan di dunia : inginkan kehidupan yang senang ttp senang di dunia hanya bersifat sementara :)
kejayaan di akhirat : inginkan kebahagiaan dan kesenangan di SYURGA untuk selama-lamanya :')

Sunday, 15 September 2013

susah ke susah

Assalamualaikum.

hai, susah kenapa kau susah ? susah sangat nak faham aku.
susah nak jadi senang, susah nak dapat bahagia,
susah nak jadi yang terbaik, kenapa semua nak yang terbaik?
biarlah sekadar yang baik, kan senang tu.

orang cakap, kalau cakap susah maka jadilah susah. yeke?
tapi kalau cakap senang, kenapa tak senang? kenapa ye wahai orang?
hmm. banyak ujian yang aku dah harungi selama ni.
dengan masalah keluarga, masalah kawan2, dengan cikgu2,
semua ni mematangkan diri aku ke? ye, sangat matang.
tapi kita taktahu sama ada ujian kita ni dtg dlm bentuk ujian yg sementara atau pun kekal selamanya?
aku risau, aku takut, macam mana dengan masa depan aku, ada banyak lagi ujian yg lebih hebat ke?
hanya mampu berdoa dan berserah segalanya kepada Allah.
ye memang kita berserah, tapi mampu ke kita bertahan?
tingkatkanlah iman, yakin Dia sentiasa bersama kita Insyaallah..
semoga iman kita dapat ditingkatkan utk bersedia harungi segala ujian daripadaNya.





hei belum habis lagi lahh.

nak tanya, kenapa ye orang selalu pandang rendah dengan orang susah?
eh kenapa ye? orang susah takboleh jadi senang ke? -.-

Saturday, 6 July 2013

lama tak dengar cerita?

Assalamualaikum.

Hi lama tak dengar cerita? dengar? haha lantak awak ah nak dengar ke nak baca. hehehe
lama sungguh tidak meng-update blog iye :)

July ni memang , eh memang bukan nak cakap apa la. memang busy tahap lapan sembilan sepuluh seratus lah(tiba tiba seratus? erk) ha ni pun sebenarnya tengah busy, tapi tapi aku taknak kira ah sebab memang takboleh nak kira kan? so aku nak jugak update blog! 
trial SPM nak dekat dah awak, tapi saya sangat rajin tak study lagi. lepas ni nak siapkan projek landskap tu lagi, welding pun belum siap(ha taktahu lah tu aku cite apa ni. kan? kan?) haha jahat gila. busy aku macam busy orang nak buat projek beribu ribu, biasa ah kan dah belajar, memang begini lah dugaan saya sebagai pelajar yek! pressure tu jangan ditanya lah.. semua orang hadap benda tu. 
bulan puasa nak dekat dah, bulan lapan hari jadi saya(jadi?) jadi jangan lupa doakan semoga saya bahagia dan SPM saya dapat 8A+ hehehehehe thanks ! 
saya saya sebenarnya taktahu nak mengarut apa dah kat sini, takde apa nak diceritakan. maaf lah ye, mcm waste time pulak kat sini. saya sangat busy, itu je nk bagitahu :)) Hahahahahhhaa ha ha 

Salam :*

Thursday, 28 March 2013

cerita sedih...

Assalamualaikum.

mari sama sama kita share cerita sedih. heee! uyoooo dah lama ah tak update blog. haih..debaran SPM sudah mula terasa. wish me luck! x)

okay okay. meh sini nak cerita. apa lah kan rasa bila kawan baik sudah mula berubah.
the answer is.. of course i'm getting mad , dissapointed, upset and feeling empty sebab bagi aku kawan macam kau adalah segalanya. tapi sekarang.. aku tak pasti :/

Dulu kita sama sama rapat.
dulu kita pergi mana mana bersama. (tandas tak lah. tandas awam ye! lol)
dulu kita belajar sama sama.
dulu bila kau rasa lapar,kau ajak aku pergi makan.
dulu bila apa apa cerita, laju je cerita kat aku.
dulu bila bosan ke apa, kredit dah nak zero sen pun boleh on the phone.
dulu...banyak sangat kenangan, taktahulah kalau kau dah lupa.sebab kenangan kau dgn dia mungkin lagi indah? nvm!

 dan...sekarang? apa yang telah terjadi? yaaa tanya sama diri sendiri. tapi kau, sila lah tanya jugak diri kau.
takpelah.. kau pun sedang bahagia, aku taknak pun kacau hidup kau. tapi kau takboleh lah lupa kan kawan kau. apa perasaan kalau kau yang kena macam apa yang aku rasa? 

Sekarang..
kau selalu dengan dia,
everywhere, you always with him. and where's your friends?
sekarang ni aku rasa, tak perlu tanya kau dengan siapa pun takpe, sebab dah boleh agak :))

kau nak cakap apa? aku emo sangat? jealous lebih? 
hanya Allah jela yg tahu. wehh nama pun kawan, jadi sila lah faham perasaan kawan.
apa guna jadi kawan kalau tak memahami :')

hmm you know what? aku sayang kau lah kawan!!!! kau tak sayang aku ke? :'( 

Arwah abang pernah cakap, 

"adik, kau tengok..mana kawan yang kau nampak betul2 perlukan kau(hargai aku) kau kawan lah dengan dorang. tak perlu nak fikir2 sedih2 marah2 dengan kawan yang bila perlu je baru nak cari kau dik."

lebih kurang macam ni lah ayat dia. 
dear arwah abang, thanks for ur advice. insyaAllah akan selalu adik ingat :')

the end. tenenenene~ sedih tak ? lol. nangis ni. huwaaaaaaa! :'(

p/s : ini kisah untuk kawan perempuan. jangan salah faham :))

Wednesday, 13 February 2013

1 2 3

Assalamualaikum.

1 2 3 WE ARE SIBLINGS!!!


Dari kiri : Muhamad Fikri Bin Rosli (Bangcik) Nor Rukhila Binti Rosli (Akak) Nurul Nabilah Binti Rosli (Adik/Me)

Ada 3 siblings je???? oh NOOOOOO......

ada lagi empat.............yang tak ada kat sini Arwah Abang*sentiasa di hati kami* Shahrol Helmi(Angah) Farhin(Boboy) anddddd the last one Firhan(Bibi/Iann) yang dalam itu bracket hah tu semua nama lambong lambungan! eh ? timang timangan ah tuuu. haaa. tuje lah nak bagitahu. tak tahu nak type apa dahhhh.

ehhhh jap jap. muka kami comel kan? kan? baik ckp comel cepat!!! pat ahh. hee k ah dah takde benda ah kat sini. baiiiiii~

Sunday, 10 February 2013

Nak Bagitahu...

Assalamualaikum.

I just want share you somethingggg! (share apa? share apa? apa share? :O )

Saya nak bagitahu kaum hawa....

This statement !!! "Kenapa orang selalu fikir perempuan yang tidak bertudung itu jahat dan yang bertudung itu baik? WHY HAH? TELL ME WHY ???!" (ceh statement ni aku yg reka, over lebih HAHA) haaa apa2 jela statement yg seumpama dengan ini.

Sebenarnya kita bukan nak cakap yang tidak bertudung itu jahat, tetapi kan lebih baik jika kita sebagai kaum hawa ni menutup aurat. Apa elok ke dedah dedah kan aurat ? Adalah lebih baik jika kita menutup aurat, tak banyak timbul fitnah dan orang mungkin tak akan berfikir yang negatif terhadap kita. siapa suka kan bila kena fitnah dan orang lain berfikir yg negatif pasal kita. Sebab tulah kita kena tutup aurat kita dengan sempurna, if ada orang mengata mengutuk jugak, lantak dia lah..itu urusan dia dengan Allah. Baik buruk seseorang itu belakang cerita lah.hanya Allah yang dapat menilai dan Maha mengetahui. siapa lah kita nak menilai seseorang tu? kita pun hanya hamba Allah yg sering melakukan kesilapan. Tetapi aurat tetaplah harus ditutup, wajib ditutup. memang orang akan berfikir attitude seseorang itu dengan melihat personality korang, nak buat macam mana lumrah hidup..sebenarnya di sini kita hanya nak ajak kaum hawa "Mari lah kita menutup aurat kerana Allah S.W.T. dapat pahala :) "

tu je Nak Bagitahu... As'Salam x)

Saturday, 9 February 2013

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Assalamualaikum ,
Wahai umat Islam sekalian, marilah kita renung dan hayati Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.


Khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Friday, 8 February 2013

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.




Assalamualaikum.

anddd this is Selawat by Imam Muda Musim ke-2
jum ah sama sama kita selawat ke atas kekasih Allah iaitu Nabi kita sendiri :')



Lyric صلى عليك الله

صلى عليك الله يا عدنان عدنان
يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن
الحمد لله الذي أعطاني أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان أردان

قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان
أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان
حتى أراه بالغ البنيان بنيان
أنت الذي سمية في القرآن قرآن

أحمد مكتوب على الجنان جنان
صلى عليك الله في الأحيان أحيان
أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان

أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان
يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان


اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله

Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani


Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani


Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani


qad saa da fil mahdi alal zil mani
muiz zuhu bilbaiyti zil arkhani
hatta aro hubal lirul bunyani
antallazi sunni kahfi qurranni


Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani


Ahmad dumathuhu alal jumnani
salla’ alaikallah hufill ahyani
ahmad duhu fissil riwal burhani
haqqal alal islam riwal imani


Solla’alaikallah huya adnani
ya musthofa ya saf watar rahmanni
Alhamdulillah hillazi atthoni
hazzal hunamat thoyyibal ardhani
hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Thursday, 7 February 2013

Warkah Cinta berbaur syurga....




Assalamualaikum.

Ya aku ingin mengakui bahawa aku sangat sangat sangat tabik + suka + jatuh cinta dengan cerita ini!!!!!
wahhh macam best je kan? memang best pun. tengok tak tv al hijrah ? apa takde ASTRO?? omg......aku pun takde astro.lek je tengok dekat youtube ^-^ 

okay cerita ni dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul sbg Amir Mukhlis. Sumpah ahh aku sangat sangat suka watak yg dia bawa ni. Ya Allah kalau korang tengok cerita ni, confirm! nak buat jadi suami yg sah! (hamboi aku ni) serious ni. aku tak.main.main.oke. dia dah kahwin....sobs..sobss..(tetibe HAHA) 

Heliza Helmi pun adaaa dia sbg Wardah. sedaaap en nama dia! boleh makan! caya ahhh. lol :D
watak dia pun best sangat! brutal tapi alim. hahah! tapi sedih jugaklah ending dia :'( nanti ada Warkah Cinta 2 tapi dia dah takde................................... T_T

yang lagi sorang perempuan berniqab/berpurdah itu sbg Balqis. aku tak kenal pelakon itu. baru mungkin? muka dia lawa sangat wehh. tapi malang.nya.wa.tak.kenal.dia. heh heh heh.

nak tahu lebih lanjut tentang kisah ini? tengok ah sendiri.heeeeeeeee!
yang pasti aku suka cerita ni sebab cerita ni banyak bagi pengajaran, lagi lagi tentang Islam. korang tahu tak jika kita ber-couple atau ber-cinta di zaman muda mudi mcm kita kita ni (hek eleh..yela aku masih budak sekolah.terima lah hakikat ha ha)  haa kalau bercouple wehh penghafalan kita akan mudah terjejas, thats why ah susah je nak hafal al quran or apa2 yg berkenaan dgn pelajaran. dan akan menyebabkan zina hati :)
see, bercinta ni bukan mudah tau, macam2 boleh berlaku. dosa? memang dah dosa. so lebih baik bercinta lepas kahwin. hmm lagi satu, ya Allah cerita ni memang sopan + romantis + puitis habis lah! tapi dgn cara Islam. bukannya dgn cara tak elok yg merapu habis mcm drama2 yang lain tuu (tapi aku tengok jugakk :p)
cerita ni bagi kesan yg sgt mendalam kot. kesan yang baik sangat2 utk kita sbg umat Islam yg soleh dan solehah,inshaAllah...cerita ni touching dan comel je. haha comel? yelaaa sebab watak Amir Mukhlis dgn Wardah tu comel comel je :D halah halahh...hahaha. 

tengok lah cerita ni! tengok ah tengok ahhhhh~ best weh tak menyesal. dapat tambah ilmu Agama lagi ada lah :) haa tak lupa juga nak ucapkan syabas! kpd Ustaz Ubaidillah Alias kerana memartabatkan cerita2 Islamik yg mcm ni. sangat kagum dgn dia :') hope sangat sangat lepas ni ramai lagi pengarah2 buat cerita cerita Islamik macam ni.baru lah syok nak tengok, ilmu dapat, pahala dapat, manfaatkan masa dgn tegok cerita yang baik baik kan elok macam tu? heh heh heh. yela sepatutnya kita sbg orang Islam kena lah memartabatkan cerita2 yg berkonsepkan agama Islam mcm ni. bila budak budak tengok, nanti senonoh ah sikit perangai dorang.takde ah mencacat or jejaskan minda dan hati budak budak ni hihihi. cerita macam ni pun dah nampak sbg satu dakwah kpd umat Islam. mari lah kita bangga dan sokong dgn cerita yg berunsur agama macam ni :) 

by the way, cerita ni dari novel kot. tapi aku tak baca pun lagi. beli pun idak. wa SPM tahun ni.....so macam takde masa kot nak membaca ~~ hmm sedihnyaaa (lap hingus.sobs.sobs)

" Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan " - Amir Mukhlis

sekian, As'salam..

Monday, 4 February 2013

Heyyyy...............

Assalamualaikum.

Heyyyyy..... wa ekceli nak post something yang bermanfaat. entah kenapa tak jadi nak post. sebab sebab disebabkan haa disebabkan wa gedik sangat pergi tengok youtube dan baca blog orang je kerjanya. shooooo kesimpulannya wa dah mengantuk tak jadi nak bagi entry yg bermanfaat for tudeyyy! esok sekolah. haa rajin gila. k diam ah. Assalamualaikum =)

Friday, 1 February 2013

pemakaian yang halal bagaimana boleh jadi haram?

Assalamualaikum.


okey tudey ai wannah tokking ebaut halal harom. hok aloh kak bedah speaking london cenni ah jadi. oh not speaking ! menaip sebenarnya! hehhh.

okay okay. ini mengikut pengetahuan aku lah. kalau ada salah dan silap..sila betulkan jangan korang bash aku pulok. hahahahahahahha k. tahukah anda jika kita memakai tudung,selendang dan seumpama dengannya ,memakai dengan cara menyerupai sesuatu yg haram kita dedahkan ialah SALAH di sisi Islam? yaa memang salah di sisi Islam kerana kita telah melanggar hukum dan tidak sesuai dgn syariat Islam. faham ye anak anak gadis yg solehah? :) so kalau nak tutup aurat, pakai lah tudung tu kena dgn caranya, lagi lagi bagi yg memakai selendang. pakai tu lilit sana lilit sini iolls tak kesah okay uolls....pakai tu biarlah berpada, tutup lah segala yang patut ditutup,kita menutup aurat kerana Allah S.W.T. bukan kerana mata orang yang memandang =) mesti ramai yg dah tahu kan kalau pakai tudung tuu jangan lah bagi nampak bonggol ! faham apa itu? tuhaa bagi yg rambutnya panjang lebat, bila ikat rambut tu jgn tinggi2 bila nak pakai tudung.nanti nampak ah bonggol di kepala tu.dan semestinya pakai turban pun haram! nak tahu kenapa ? baca hadis ni. hadis ni daripada Nabi Muhammad s.a.w. :)

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:
1. Suatu kaum yang memiliki cemiliti ekor lembu untuk memukul manusia
2. Para wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol untuk yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selamat perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)            
Dan lagi satu nak pesan....sebenarnya sekarang ni kita pakai tudung untuk apa? sebab apa? aku tengok orang sekarang pakai tudung,shawl ke apa, hanya sebab trend mungkin? yelah kalau tak takde lah orang sekarang ni dah pandai pulak nak buat gaya pakai shawl yg dah mcm menyerupai spt bentuk rambut. mashaallah.. kenapa hah sampai mcm tu sekali? nak bergaya pun beragak lahh.ada banyak lagi gaya yg sesuai dan tidak melanggar syariat Islam. aku sebagai wanita yg memakai tudung pun berasa malu, bukan aku sorang je,orang lain pun confirm rasa malu. kita berhijab kerana Allah dan utk cuba menutup aurat dgn sempurna. bukannya utk bergaya dan ingin menunjuk yg diri kita ini cantik dan baik utk dipandang orang .bukan takboleh bergaya, boleh tapi kenalah dgn caranya.

hm ni satu kes. aku baru je tahu tentang ni. tahukah anda jika kita memakai atau melukis inai di tangan anda juga adalah salah di sisi Islam? tapi kat kuku takpa,itu aku taktahu lah pasai pa boleh.hahah! okayyyyy hok aloh cerita benda lain pulok. ha ni nak habaq ni haa sebab apa kita tak boleh melukis inai di tangan.....it's because, when you lukis2 bunga lah binatang lah apa2 sekali punn dia tangan2 anda yg putih melepak,hitam manis or whatsoever! ianya sudah merupai seperti tattoo.kan dah cakap..kalau menerupai sesuatu yg haram, so takboleh lah buat mcm tu.syariat Islam korang jgn main main. jangan main main dengan hukum Allah :)
korang janganlah pulak anggap Islam ini sukar, Islam ini mudah..cuma kita je yg selalu susahkan diri kita sendiri. bila Allah larang kita buat itu dan ini, janganlah kita buat. itu semua utk kebaikan kita.nak pakai tudung, pakai tudung mcm biasa pun dah oke what. serious cantik wehh. lagi satu jimat duit. beli tudung bawal satu baru rm8 or rm10 takyah lah membazirkan duit nak beli mcm2 pattern ,then nak beli bagai2 accessories. see, Allah dah permudahkan kita,tapi kita je yg suka nak susah2kan diri kita. Allah nak kita tutup aurat dgn sempurna je pun. inai tu takyah dah susah2 kita nak pergi beli yg jenis utk lukis2 tu. haaa jimat duit lagi. elok kau petik daun inai tu boleh ah pakai inai kat jari mudah kan? saya hanya berkongsi pengetahuan, nak ambil masuk dalam ingatan dan hati or nak ambil pijak2 nak masuk dlm neraka pun boleh jugak :) hak saya sbg Islam..hanya mampu saling mengingati sesama umat Islam sahaja, saya bukan Allah utk menentukan mana baik,mana buruk. 
yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T yang buruk itu datangnya daripada kekurangan diri kita sendiri. wallahualam. semoga kita semua dapat ilmu yang baik mengikut kejalanNya..Amin :)


Monday, 28 January 2013

Ujian & Hikmah :)

Assalamualaikum .


Haiiiii! :)
yeah everything happens for a reason. segala yang berlaku ada hikmahnya. Allah akan bagi sebab kenapa sesuatu itu berlaku, terjadi, dan mengapa begitu? segalanya ada sebab, dan segalanya ada hikmahnya. cuma apa kita mampu menerimanya atau pun tidak. 

macam apa yang terjadi kat aku sekarang ni. dalam hidup aku.
orang yang sangat2 penting telah meninggalkan aku dan keluarga aku. mungkin Allah nak aku tahu untuk hidup berdikari, tahu berusaha, tahu belajar dan tahu erti bersyukur tanpa bergantung pada orang yang benar2 penting dalam hidup aku. aku kehilangan arwah mak dan arwah abang , dan aku selalu fikir dan tertanya tanya kenapa semua ni berlaku begitu pantas? kenapa ia terjadi pada aku ? kenapa macam ni? 
yaa sekarang mungkin aku tahu apa jawapannya.. aku adik bongsu dia, now aku dah kena berfikiran matang,kena belajar berdiri di atas kaki sendiri walaupun kadang mengada nak mampus nak menyusahkan orang jugak :D maaf maaf. aku kena berusaha untuk capai apa yg aku nak dlm hidup aku. aku kena bersyukur dgn apa yang ada. aku takboleh nak banyak demand sekarang ni. aku kena ingat yg aku masih ada Allah S.W.T :') 

segala yang terjadi ada kebaikan dan keburukannya. tak semua yang terjadi adalah keburukan. haa lagi satu aku nak share something, sejak akhir2 ni..aku adalah tetibe ter-suka kat orang yg aku pernah suka masa bebudak dulu. and aku taktahu kenapa otak aku ni singkat sangat ah boleh menggedik kat dia. tapi aku fikir banyak kali dgn jari jugaklah(dengan jari? -__-)sebelum bertindak lebih2 kan.hahah! then actually aku takde niat kot nak get back dengan dia, sebab aku dah simpan lama azam dalam diri taknak couple untuk tahun persekolahan ni. bongoks! hahaha. kalau boleh, dalam hidup ni taknak ada istilah couple pun yg muncul. i am serious not joking around w uolls! dannn you know what?? Alhamdulillah  ada sesuatu yg terjadi, aku taknak cerita apa yg jadi! apa apa pun aku rasa Allah dah selamatkan aku dari memecah azam aku utk ber-couple.couple tu kan haram.... inshaallah .. aku akan jumpa pasangan hidup aku yg lebih baik dan bukannya dgn cara ber-couple. inshaallah Aminn... :)

Tuesday, 25 December 2012

Ujian Allah.



Assalamualaikum.

Kadang kala kita merasakan hidup kita ni sangat susah, tapi ingatlah ada orang lain yg lagi susah drpda kita.
Perbezaannya adalah cara kita mengatasi kesusahan hidup kita ni. Kunci utk tidak terus dlm kesusahan adalah BERUSAHA. Yaa kita perlu berusaha mengatasi segala masalah kita. Kedua, SABAR. Sabar dalam meghadapi sesuatu.Kita wajib mengingati Allah ketika dalam kesusahan mahupun dlm kesenangan. People nowadays, dah susah baru nak ingat Allah, selama ni senang tak ingat dunia akhirat. Allah bukan suka suka nak bagi kita rasa susah, rasa senang. Semua itu adalah satu ujian. Hamba yg selalu diuji sebenarnya adalah hamba yg sangat beruntung bagi aku. Allah menguji hambanya krn Allah sayang pada kita. Yaa semua org mesti telah rasa dgn ujiannya, cuma kita tidak sedar dgn bentuk ujian yg Allah bagi kat kita. Oleh itu, sila lah bersyukur dgn apa yang kita ada. Biar kita hilang HARTA...jangan hilang ALLAH S.W.T. (:

EXO K/M

Assalamualaikum.

Anneongg~ I just want to say that i'm addicted to EXO K/M group! yahh i'm kpoppersss! 
oh hate me? janganlah begitu.bukannya aku melupakan agama aku sendiri pun. I am still love Islam :)


EXO K stand for Korean members/version. EXO M stand for Mandarin members/version.


and!!! DoKyungSoo[D.O] is my husband (only in my dream and imagination)
he has an amazing voice. dengar jela lagu what is love dia dgn baekhyun. awesome do.
oii dah dah jangan pandang gambar ni lelama! :)

Friday, 30 November 2012

Persahabatan.

Assalamualaikum.

Hari ini punya entry, kita kasi feel feel sikit boleh? hahaha. aku pun taktahu lah kenapanya dengan fikiran aku tadi. asyik dok fikir pasal kawan kawan dan kawan. yaa mungkin saya rindu kawan baik saya tu.Yahh I miss the old HIM ! okay sebenarnya aku bukan nak cerita pasal him or her or shemale?! Opps.. X)


Persahabatan terjalinnya dengan sebuah ikatan silaturrahim. aku nak tegahkan kepada konsep agama sikit ye untuk entry kali ni. Bagi aku persahabatan is sooo heaven and lovely rather than percintaan. why aku kata macam ni? why? okayy mehh sini ceq nak habaq, tahu tak betapa indahnya sebuah persahabatan ini sebelum terjalinnya percintaan ? dan mengikut Islam sebuah percintaan itu haruslah lahirnya rasa cinta itu selepas berkahwin. before kahwin,sudah pasti kita berkawan kan. Ini bagi pendapat saya lah, persahabatan ni sangat best. bila kita sedih kita mesti memerlukan kawan, bila kita gembira pun mesti nak berada di sisi kawan jugaa.

masa belajar pun dengan kawan. susah senang mesti nak dengan sahabat , okayy sahabat ye! :D kalau boleh masalah pun semua nak luah kat kawan selain drpd parents kan? kadang2 kawan tu boleh dijadikan kekasih, yang paling best! tak ada istilah PUTUS dalam persahabatan melainkan memusuhi sesama sendiri.itu lain lah ceritanya. bagi aku dalam Islam tiada kata 'putus kawan' kerana kita masih saudara seIslam. tapi bezanya, dalam percintaan mesti ada kata PUTUS! why hah? adat kann.hahaha! then bila dah putus mesti susah nak berkawan balik. So, ianya sangat berbeza ya dengan terjalinnya ikatan silaturrahim antra satu sama lain (persahabatan) bila berkawan mungkin rasa lebih selesa je nak luahkan apa apa yang terbuku dlm hati ni! ewahhh. ayat aku takboleh nak go~ XD 

Bukan nak kata percintaan itu tidak seindah dan tidak pula lah nak kata tak perlukan percintaan! agak agak lah semua orang impikan sebuah percintaan wehh.cuma aku lebih berfikir tentang persahabatan :) Haa.dan aku nak jelaskan dgn lebih terang tentang indahnya apabila adanya Persahabatan yang kekal abadi. ohh terasa heaven okayyy~ kami buddyz kami takkan terpisah! *tetibe* iklan tu pun pandai taww. takde pun dorang nak buat iklan pasal couple2 bagai. lain lah iklan cornetto love ke kan. *ehh! lariiii topik dah ni! -__-'''

saya cuma nak bagitahu, apa yang saya rasa. maafkan saya jika ada salah dan silap, mohon betulkan kesilapan saya ;)   - Lots Of Love! bye..

Thursday, 29 November 2012

The Romantic and Idol Watch Online[eng subs]

THE ROMANTIC AND IDOL with English subtitle!

tvN‘s ‘The Romantic & Idol‘ has decided to ban manager access.

Representatives of the upcoming reality show stated, “Because it’s a ‘real date story’ program and we need to record idols on dates, we’ve made it so their managers and coordinators cannot interfere. [We're letting] the idols express their true feelings [without being concerned] because it’s not like variety programs; it’s a reality program.”
It’s reported that staff members on set were surprised by the idols’ public displays of affection.
‘The Romantic’, which featured non-celebrity bachelors and bachelorettes previously, has decided to air a spin-off, ‘The Romantic & Idol‘, for its third season. The eight idols to feature on the show-2PM‘s Jun.K, 4minute‘s Jihyun, MBLAQ‘s MirZE:A‘s HyungsikJJ Project‘s JBRainbow‘s Seung AhFIESTAR‘s Jei, and AOA‘s Hyejeong - wrapped up filming in October on Jeju Island.


THE EIGHT IDOL

















credit to : kshownow.net

EP01 : PART 1 PART 2 PART 3 PART 4 PART 5
EP02 : PART 1 PART 2 PART 3 PART 4 PART 5
EP03 :